Wednesday, December 2, 2009
SATE KERBAU
Kerbau adalah haiwan yang banyak diternak di Langkawi.Kalau kenduri-kendara khabarnya orang Langkawi lebih gemar menumbangkan kerbau berbanding lembu. Sewaktu menjelang hari raya haji baru ni,aku dan geng pejabat telah berpakat membeli seekor kerbau untuk disembelih bagi membuat persiapan menyambut hari raya.
inilah kerbau betina dara...masih belum disentuh oleh mana-mana kerbau jantan...kerbau ni menurut penjualnya berasal dari Pulau Tuba...kami beli dengan harga RM22oo termasuk upah sembelih dan lapah serta memotong...

kerja-kerja menumbang dan menyembelih siap dilakukan dalam beberapa minit saja...almaklumlah,depa ni pakar-pakar belaka...
daging kerbau tu aku bawa balik ke kampung di Sungai Petani...sepanjang empat hari di kampung,mak aku masak macam-macam dengan daging tu...nasi daging kerbau cicah air asam,bihun sup kerbau,rendang kerbau,mee rebus daging kerbau dan yang paling istimewa ialah sate kerbau...
kerja-kerja mencucuk sate...daging tu diperap dengan rempah ratus dulu...renyah juga rupanya...
dah siap cucuk...
nak bakaq sate kena la pelekat(nyalakan)api dulu...
ni nak tolong ka nak menyibuk???

kerja-kerja membakar sate...perlukan kemahiran juga...
yang tak perlukan apa-apa kemahiran ialah makan...sedap la sate kerbau ni...
Wednesday, November 25, 2009
HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK KE 61
Pada 21-November 2009 baru ni,genaplah umur mak 61 tahun.Satu majlis kesyukuran untuk meraikan mak telah kami adakan di rumah.Majlis yang sederhana tapi penuh makna serta sarat dengan rasa bahagia dan gembira...
kalau ada besday musti ada makan-makan...hidangan ringkas tapi sangat meruntun nafsu makan...
pulut kuning menggantikan kek...lebih Kemelayuan katanyer...
sambal udang yang sangat mengancam sukma...dimakan dengan pulut kuning dan pulut tanak...
puding buah peach...
Mak tengah dok potong pulut kuning hari jadinya...Allah Selamatkan Kamuuu...

Wednesday, November 4, 2009
GULAI ITIK
Baru-baru ni salah seorang kawan aku telah mengajak ke Yan untuk menikmati gulai itik yang sangat tersohor di daerah tersebut. Beliau nampaknya bersungguh-sungguh mempromosi gulai itik berkenaan sejak sekian lama.Kedai gulai itik ni terletak di kawasan sawah padi tepi jalan kat Titi Serong,Yan,Kedah. Alhamdulillah akhirnya hajat beliau untuk belanja aku tu telah dimakbulkan Allah Taala...Terima kasih daun keladi,lain kali belanja lagi...
tu dia...gulai itik...likat @pekat...quek quek quek...
selain gulai,itik goreng pun ada...yum yum yum...
pajeri rebung pun lazat...
ulam daun selom dan timun...
dan semestinya tidak ketinggalan...sambai belacan cabai melaka(cili padi)...
makan tepi sawah memang bertambah-tambah selera...kat kedai ni juga kita boleh duduk bersila,tapi kami memilih duduk di atas kerusi kerana lebih selesa...kalau duduk bersila nanti tak boleh makan banyak...sangkut perut...(hanya orang berperut comel jer memahami)...
Thursday, October 29, 2009
GULAI LOKAN
Sewaktu pulang ke kampung baru-baru ni entah kenapa aku asyik teringin dan mengidam nak makan lokan jer...seingat aku,kali terakhir makan lokan ialah semasa aku berumur 5 atau 6 tahun...iaitu lebih kurang 32 tahun yang lalu...masa tu lokan diperolehi dari sungai belakang rumah jer...tapi apabila sungai tu dah tercemar dengan pelbagai kotoran,tiada sesiapa yang tergamak nak makan hidupan air dari sungai tu...terpaksa la cari lokan dari sungai lain yang lebih bersih dan tidak tercemar...
inilah rupa lokan(sejenis siput) yang tinggal di dalam klebog(lumpur) tepi sungai air masin berpaya bakau...lokan ni aku beli kat gerai tidak jauh dari jambatan Semeling berhampiran Sungai Merbok tu...sekilo RM2...aku beli 4kilo...
setelah berbincang dan berbahas begitu begini dengan mak aku,akhirnya kata sepakat diperolehi...lokan tu akan dimasak gulai...gulai kalau di Kedah ni maksudnya kari...
lokan harus dikopek untuk mendapatkankan isinya...
isi lokan yang telah dibersih menanti untuk digulaikan...
dah siap gulai lokan mak aku...dirampai bersama ubi mengala(kentang)...sedapnyaaa...
bertambah sedap gulai lokan ni bila dimakan bersama ikan temenung bakar,ikan gelama kering digoreng garing dan ikan pekasam digoreng hancoq...
tambah pula dengan ulam bunga betik jantan...mak ai...
penangan gulai lokan dan lauk-lauk lain pada hari tu menyebabkan aku tibai nasi tiga(3) pinggan...belahak(sendawa) sakan aku...alhamdulillah...
Wednesday, October 21, 2009
PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR AL-IRSYAD 1984/88.
Pada 21-09-2009(hari raya kedua)aku telah hadir ke perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad(SMKAAI),Pokok Sena,Kepala Batas,Seberang Perai Utara,Pulau Pinang.Perjumpaan kali ini telah diadakan di Kelab Cinta Sayang,Sungai Petani,Kedah...Ianya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu seisi 1984 hingga tingkatan lima seisi 1988...Sebenarnya aku hanya sempat belajar di sekolah tersebut hingga ke tingkatan tiga sahaja,kemudian aku menyambung pelajaran ke Kolej Islam Klang,Selangor pada tahun 1987...hubungan dengan kawan-kawan di SMKAAI terus terjalin hingga ke hari ini...alhamdulillah...Walaupun tidak berapa ramai yang dapat hadir ke perjumpaan pada kali ini,tapi ianya sangat bermakna kerana dapat berkongsi kembali cerita-cerita lama sewaktu di bangku/kerusi sekolah dulu...
Tuesday, October 20, 2009
INSYA ALLAH...AKU MELAYU YANG TAK MUDAH CAIR...
Terima kasih Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah...artikel anda sangat bagus sebagai bahan untuk saya bermuhasabah diri sendiri...Jazakallahu khairan kathira...
ORANG MELAYU MUDAH 'CAIR' BILA DIPUJI
KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.
Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?
Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.
Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.
Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.
Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?
Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.
Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?
Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?
Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.
Terhakis
Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.
Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.
Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?
Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?
Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.
Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.
Biarkan
Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.
Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.

- Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Wednesday, September 16, 2009
NASI ULAM
Setiap tahun antara makanan yang pasti ada sekurang-kurangnya sehari dalam sepanjang bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa ialah nasi ulam...Nasi ulam adalah makanan tradisi di negeri Kedah ni, terutama pada bulan Ramadhan...Sewaktu pulang ke kampung di Sungai Petani baru-baru ni, tok(nenek) aku telah menyediakan nasi ulam untuk cucu kesayangannya...aku ler tu...hehehe.
pelbagai jenis ulam-ulaman disediakan untuk membuat nasi ulam ni...
kemudian segala macam ulaman tu akan disusun lalu diikat oleh nenek aku untuk memudahkan proses menghiris...nenek aku ni dah berumur 88 tahun...
ulaman tadi diikat begini untuk memudahkan proses meracik atau menghiris...tali pengikat susunan ulaman tu ialah batang pokok sekentut...antara ulaman tersebut ialah daun selom,daun cenehom(kesom),pucuk janggus,pucuk kunyit,cemumar, pegaga,kadok, putat,beluntas,medang kemangi,derom,ulam raja,gajah beranak dan lain-lain lagi yang aku tak ingat namanya...

semua ulaman tadi kemudiannya akan dihiris halus begini...
lengkuas dan serai diracik lalu ditumbuk...
inilah daun gajah beranak...pokoknya besar macam pokok balak...tapi aku pun tak tahu macam mana cara orang mengambil pucuknya...
pucuk salang...enak dibuat sayur air...
kacang panjang ungu...banyak terdapat di kawasan pedalaman negeri Kedah...ianya sedap digoreng dengan telur...
nasi putih untuk digaul bersama ulaman tadi...
nasi putih itu akan digaul dengan pelbagai ulaman yang telah dihiris halus bersama kerisik,serai dan lengkuas yang ditumbuk,isi ikan talang kering yang dibakar lalu ditumbuk halus serta serbuk lada hitam dan garam secukup rasa...
akhir sekali ditaburkan hirisan bawang besar mentah...
gu(pasangan) nasi ulam ni semestinya sayur keladi...tidak lengkap nasi ulam tanpa sayur keladi...
nasi ulam enak juga dimakan bersama ikan keli dan ayam bakar... keli dan ayam tu dibakar sendiri di rumah,bukan beli di pasar Ramadhan...

alhamdulillah...semoga puasa kita diterima Allah...Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)